
Pengendali RTS Link
×

RTS Operations Pte. Ltd. (RTSO) ialah pengoperasi perkhidmatan tren bagi Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru–Singapura, sebuah perkhidmatan rel dua hala yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.
RTSO merupakan syarikat usaha sama antara anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd, yang menggabungkan pengalaman dalam pengangkutan awam dari kedua-dua negara.
RTSO mengendalikan dan menyelenggara perkhidmatan tren, sistem rel serta aset operasi yang menyokong perjalanan rentas sempadan. Tanggungjawabnya turut merangkumi reka bentuk, pemasangan dan pengujian sistem serta aset tersebut.
Berteraskan keselamatan, kecemerlangan operasi dan keprihatinan terhadap penumpang, RTSO komited untuk menyediakan perjalanan harian rentas sempadan yang boleh dipercayai dan mudah. Melalui RTS Link, kami mendekatkan masyarakat di kedua-dua negara dan membuka akses kepada lebih banyak peluang, sambil menawarkan perjalanan rentas sempadan yang lancar selaras dengan aspirasi “Breeze Through Borders”.
Dibangunkan bersama oleh Malaysia dan Singapura, Sistem Transit Rapid (RTS Link) akan menawarkan perjalanan yang lebih pantas dan boleh diharap antara Johor Bahru dengan Singapura. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sepanjang kira-kira empat kilometer ini menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura, dengan masa perjalanan sekitar lima minit dan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.
Kedua-dua stesen akan menempatkan kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kedua-dua negara di lokasi yang sama. Penumpang akan melengkapkan urusan pelepasan Malaysia dan Singapura di stesen berlepas, tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen sekali lagi apabila tiba di destinasi.
RTS Link melibatkan kerjasama pihak kerajaan, penyedia infrastruktur dan pengendali perkhidmatan rel, masing-masing dengan peranan tersendiri:
Melalui kerjasama ini, RTS Link dijangka membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, menyokong pelancongan, perniagaan dan peluang pekerjaan, serta mengeratkan hubungan antara masyarakat di Malaysia dan Singapura.