Membudayakan amalan Kelestarian

Sebagai pengoperasi perkhidmatan tren RTS Link, RTSO memahami bahawa kelestarian merangkumi lebih daripada sekadar penyediaan pengangkutan awam. Ia turut meliputi cara kami mengurus keselamatan, sumber, aset, warga kerja dan tadbir urus sepanjang kitaran hayat operasi kami.

Kami menerapkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang bertanggungjawab dalam persediaan dan pelaksanaan operasi rel rentas sempadan yang selamat, boleh dipercayai dan berdaya tahan.

ESG di RTSO

Menyokong operasi rel rentas sempadan yang selamat, boleh dipercayai dan berdaya tahan
‍

E

Environmental

  • Penggunaan air secara bertanggungjawab
  • Operasi cekap tenaga
  • Perlindungan aset kereta api
    ‍
S

Social

  • Keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan
  • Perjalanan penumpang yang inklusif
  • Penglibatan komuniti dan masyarakat
    ‍
G

Governance

  • Akauntabiliti dan pengawasan
  • Pengurusan risiko dan pematuhan
  • Integriti dan tatakelakuan bertanggungjawab
  • Keselamatan Siber