
Pengendali RTS Link
×

Di RTSO, kami komited terhadap ketelusan, integriti, dan akauntabiliti dalam cara kami menjalankan perniagaan. Prinsip-prinsip ini menjadi panduan kami dalam melindungi data peribadi, menjaga sistem digital kami, serta memupuk budaya di mana kebimbangan boleh disuarakan secara bertanggungjawab.
Kami komited untuk melindungi data peribadi dan menghormati privasi penumpang kami. Kami mengendalikan data peribadi secara bertanggungjawab selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 Singapura, mengikut mana yang terpakai.
Data peribadi dikumpul, digunakan, diproses dan didedahkan bagi tujuan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kereta api kami, pemprosesan transaksi, pengekalan keselamatan dan ketenteraman, serta pematuhan keperluan undang-undang dan kawal selia. Pemantauan CCTV merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai amalan data peribadi kami, atau untuk membuat permintaan akses, pembetulan atau penarikan balik persetujuan, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di pdpa@rtsops.com.
RTSO mengekalkan rangka kerja tadbir urus yang terstruktur dengan pengawasan daripada pengurusan kanan dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ditetapkan bagi memastikan risiko keselamatan siber dan perlindungan data diurus dengan berkesan merentas organisasi.
RTSO menyelaraskan amalan keselamatan siber dan perlindungan datanya dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta peraturan yang terpakai, termasuk ISO/IEC 27001, Rangka Kerja Keselamatan Siber NIST, dan undang-undang yang relevan di Malaysia dan Singapura.
RTSO melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk melindungi sistem IT dan operasinya, termasuk kawalan akses, pemantauan sistem, dan pengurusan maklumat yang selamat sepanjang kitaran hayatnya.
RTSO menggalakkan budaya kesedaran keselamatan siber dan menekankan bahawa perlindungan sistem dan data merupakan tanggungjawab bersama di kalangan wargakerja RTSO
RTSO komited untuk menegakkan standard integriti, ketelusan dan akauntabiliti yang tertinggi dalam semua aspek operasinya. Kami menggalakkan mana-mana individu untuk melaporkan sebarang salah laku, ketidakpatuhan atau amalan yang tidak wajar tanpa rasa takut terhadap sebarang tindakan balas. Semua laporan akan dikendalikan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi, dan RTSO tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk tindakan balas atau diskriminasi terhadap individu yang mengemukakan kebimbangan atau laporan secara bertanggungjawab.
Aduan boleh dikemukakan melalui saluran pemberi maklumat RTSO di Whistle-blowing@Rtsops.com