The RTS Link bridge banner

Kenali Tren RTS Link

CIRI-CIRI TREN

Ruang yang selesa untuk perjalanan merentasi Selat

Naiki tren empat gerabak RTS Link untuk perjalanan singkat antara Johor Bahru dan Singapura. Berinspirasikan warna laut, ruang dalaman berhawa dingin menggabungkan warna biru, putih dan jingga untuk mewujudkan suasana yang cerah dan selesa.

Reka bentuk dalaman memudahkan penumpang mengenal pasti kemudahan di dalam tren. Warna yang berkontras menjadikan pintu dan pemegang tangan lebih mudah dikenal pasti, manakala penandaan lantai yang jelas menunjukkan ruang khas untuk pengguna kerusi roda. Paparan maklumat di dalam tren menunjukkan arah perjalanan dan maklumat pintu keluar.

Sistem gelung induksi pendengaran membantu penumpang yang menggunakan alat bantu pendengaran yang serasi mendengar pengumuman perkhidmatan dan kecemasan dengan lebih jelas. Jika bantuan diperlukan, penumpang boleh menggunakan peranti komunikasi kecemasan untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi. Tren turut dilengkapi pengesan asap dan kebakaran serta ciri keselamatan terbina dalam yang lain.

Ruang Khas Kerusi Roda

Ruang bertanda jelas disediakan untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda.

Bantuan Pendengaran

Ruang bertanda jelas disediakan untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda.

Maklumat Perjalanan yang Jelas

Paparan di dalam tren menunjukkan arah perjalanan dan maklumat pintu keluar.

Keselamatan di Dalam Tren

Dilengkapi pengesan asap dan kebakaran serta peranti komunikasi kecemasan untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi.